Polis telah pun melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada para peserta yang ingin menyertai perhimpunan Hindu Rights Action Force (Hindraf) di sekitar Jalan Ampang kira-kira 7.30 pagi tadi.
Polis dipercayai bertindak demikian bagi menyuraikan para peserta dan orang ramai yang telah pun berkumpul di beberapa lokasi dalam jumlah yang besar untuk bersama-sama berarak ke bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang pada 10 pagi ini.
Polis dipercayai bertindak demikian bagi menyuraikan para peserta dan orang ramai yang telah pun berkumpul di beberapa lokasi dalam jumlah yang besar untuk bersama-sama berarak ke bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang pada 10 pagi ini.
Beberapa jalan berdekatan bangunan tersebut telah diadakan sekatan jalan raya dan Jalan Ampang telah ditutup kepada pengguna jalan raya semenjak 3 pagi tadi.
Dilaporkan juga, polis bertindak melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai dan kumpulan peserta yang berkumpul di sekitar Batu Caves dan juga KLCC.
Tinjauan Harakah juga mendapati beberapa buah bas yang membawa para pserta kaum India sedang berhenti di sekitar Jalan Tun Razak berdekatan dengan Perpustakaan Negera manakala turut kelihatan beberapa kumpulan kecil seramai kira-kira 10 orang daripada arah Jalan Raja Muda Musa dan Jalan Tun Razak dilihat berjalan menuju ke arah Jalan Ampang, dipercayai untuk menyertai himpunan tersebut.
Mereka dipercayai terdiri daripada ribuan kaum India dari seluruh pelusuk negara yang tiba di ibukota sejak semalam lagi bagi menyertai himpunan tersebut yang menjangkakan kehadiran 10,000 para peserta.
Hindraf merancang untuk berhimpuan di luar bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur pagi ini untuk menyerahkan petisyen kepada Ratu Elizabeth ll untuk mendapatkan sokongan baginda terhadap saman yang difailkan oleh Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy.
Dalam samannya itu, Waythamoorthy menamakan kerajaan British kerana membawa rakyat India ke Malaysia untuk menjadi buruh dan mengeksploitasi mereka selama 150 tahun.
Beliau menuntut AS$4 trillion (RM14 trillion) - atau AS$1 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kepada orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan haram di ibu negara itu, tentang risiko akibat perbuatan mereka, termasuk dikenakan tindakan undang-undang.