Earn $$ with WidgetBucks!

Tuesday, November 27, 2007

Kemandulan Minda

Seorang anggota Parlimen semalam menyifatkan jawatankuasa istilah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai mengalami "kemandulan" minda kerana gagal melakukan penyelidikan bagi mencari istilah tepat bagi sesuatu perkataan bahasa Inggeris.

Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (BN-Gerik) juga menyifatkan kecenderungan DBP untuk mengubah ejaan perkataan bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia telah menjadikan Kamus Dewan sebagai kamus bahasa rojak.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan kepada Kementerian Pelajaran kenapa DBP sejak kebelakangan ini ghairah mengubah ejaan perkataan Inggeris kepada bahasa Malaysia pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menjawab soalan itu, Setiausaha Parlimen kementerian berkenaan P Komala Devi berkata bahasa merupakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik, membolehkannya berubah dan meminjam dari semua bahasa lain.