Amaran Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kepada orang ramai yang menyertai perhimpunan pagi ini akhirnya 'dipatahkan' oleh hampir 10,000 para peserta Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang berkumpul di pekarangan KLCC.
Biarpun usaha menghalang mereka daripada menghampiri bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang dengan semburan air kimia dan gas pemedih mata polis dan FRU, namun mereka tetap berhimpun di sekitar bangunan menara berkembar itu.
Biarpun usaha menghalang mereka daripada menghampiri bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang dengan semburan air kimia dan gas pemedih mata polis dan FRU, namun mereka tetap berhimpun di sekitar bangunan menara berkembar itu.
Tinjauan turut mendapati perkhidmatan Sistem Laluan Ringan (LRT) tidak berhenti di stesen KLCC dan Ampang Park (Kompleks beli belah berhampiran dengan bangunan Suruhanjaya British) mengulangi kejadian sama ketika 10 November lalu sewaktu himpunan rakyat diadakan.
Perkara ini dimaklumkan melalui notis yang ditampal di kaunter dan turut kelihatan di semua stesen LRT khususnya di Masjid Jamek, Titiwangsa dan Kampung Baru puluhan anggota polis sedang memantau pergerakan orang ramai yang keluar dari stesen masing-masing.
Keadaan ini menyebabkan orang ramai dan beberapa pelancong asing merungut kerana tidak dapat ke destinasi mereka malah terpaksa berhenti di stesen LRT dan berjalan kaki menuju ke KLCC ataupun Ampang Park.
Tinjaun juga mendapati gerabak tren LRT dipenuhi majoriti penumpang kaum India yang dipercayai sebahagian besarnya ingin menyertai himpunan tersebut.
Kebanyakan penumpang terpaksa berhenti di stesen Kampung Baru dan berjalan kira-kira hampir setengah jam untuk menyusuri kawasan perumahan dan Flat Kampung Baru untuk ke Jalan Yap Kwan Seng yang berhampiran dengan Jalan Ampang.
Kira-kira jam 10 pagi, sekumpulan FRU telah melepaskan sekurang-kurangnya dua tembakan gas pemedih ke kawasan Flat berhampiran Jalan Yap Kwan Seng dan Jalan Tun Razak bagi menyuraikan orang ramai khususnya para peserta Hindraf berkumpul di situ, dipercayai gagal untuk menuju ke Jalan Ampang yang telah ditutup oleh pihak polis.
Kedengaran pihak FRU menjerit mengarahkan mereka pulang manakala dalam masa yang sama terdapat juga beberapa peserta melaung dan mengeluarkan kata-kata kesat kerana tidak puas hati dengan tindakan FRU itu.
Keadaan itu juga menyebabkan para penghuni Flat tersebut menjadi sedikit kelam kabut dan terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah masing-masing untuk mengelak daripada terkena asap gas pemedih mata itu.
Turut kelihatan beberapa orang dipercayai penduduk kawasan Flat tersebut meletak meja, kerusi dan beberapa palang kayu panjang di pintu masuk jalan kecil ke arah Jalan Yap Kwang Seng bagi menghalang orang ramai lalu-lalang di kawasan tersebut.
Terdapat beberapa kumpulan kecil berada di sekitar kawan Jalan Tun Razak yang dianggarkan jumlah kesemuannya menghampiri 1,000 orang yang sekadar memerhati kerana tidak dapat memasuki 'zon darurat Jalan Ampang' bermula di bangunan Empire Tower.
Suasana berada dalam keadaan terkawal dan para peserta Hindraf telah bersurai secara aman sekitar 11.50 tadi sebaik sahaja mendengar ucapan daripada pemimpin mereka.
Namun kata Saadon, FRU tetap melepaskan sekurang-kurangnya empat das tembakan gas pemedih mata dan semburan air ke arah orang ramai biarpun mereka bersurai secara aman dan setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.
Difahamkan menurut satu laporan biarpun 10,000 peserta berjaya dihimpunkan namun matlamat untuk menghantar dan menyerahkan petisyen kepada Ratu Elizabeth ll di bangunan Suruhanjaya British tidak berjaya setakat ini.
Petisyen itu adalah untuk mendapatkan sokongan baginda terhadap saman yang difailkan oleh Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy.
Dalam samannya itu, Waythamoorthy menamakan kerajaan British kerana membawa rakyat India ke Malaysia untuk menjadi buruh dan mengeksploitasi mereka selama 150 tahun.
Beliau menuntut 4 trillion Pound Sterling (RM14 trillion) - atau RM$1 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia.