Mendengar perkataan ‘menganggur’ sahaja sudah cukup bagi membuatkan seseorang graduan/bakal graduan itu berasa kecut perut. Tak siapa pun yang mahukan status tersebut sejurus tamat pengajiannya. Jika diperhatikan, masih terdapat banyak peluang bagi seseorang graduan itu untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai, tetapi masih ramai juga yang buntu untuk memecahkan belenggu tersebut.
Jika ditanyakan kepada pihak graduan, alasannya antara yang popular adalah kerana persaingan terlalu sengit diantara mereka.
Jika ditanyakan pula kepada pihak ‘bakal majikan’, alasan popular yang dikemukakan adalah sama seperti yang diberi bertahun-tahun sebelumnya.
Dua alasan yang diberikan oleh dua pihak yang pro & kontra.
Jika diteliti, adalah lebih ‘kena’ gayanya jika pihak yang meminta beralah kepada pihak yang memberi, walaupun diketahui pihak yang memberi itu sebenarnya adalah juga pihak yang memerlukan.
Antara komen-komen popular yang diluahkan oleh pihak majikan ini sejak bertahun-tahun dulu, 10 daripadanya adalah;
1. Graduan lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
2. Meminta gaji/manfaat yang tidak setimpal dengan statusnya.
3. Lemah dalam menunjukkan ketrampilan diri dan kurang skil berkomunikasi.
4. Karektor, atitud dan personaliti.
5. Terlampau memilih, kerja @ syarikat sebagai tempat pertama mereka bekerja.
6. Skil yang dipelajari tidak sesuai pekerjaan yang dipohon.
7. Silibus pelajaran tidak memenuhi kehendak industri.
8. Pengetahuan, kemahiran tidak begitu mendalam.
9. Kurang kemampuan dalam penyelesaian masalah.
10. Bersikap sambil lewa ketika menghadiri sesi temuduga.
Maka, tidak hairanlah jika lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris menyumbang kepada meningkatnya bilangan lepasan graduan yang gagal untuk mendapatkan pekerjaan, kerana umum mengetahui kepentingan Bahasa Inggeris yang masih merupakan bahasa terpenting dalam memenuhi kehendak industri, walaupun kita hidup di negara yang mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Sebab kedua, meminta yang bukan-bukan. Sepatutnya lepasan graduan mengambil tahu trend & situasi semasa yang setimpal dengan status semasa mereka.
Sebab-sebab yang lainnya adalah normal bagi seseorang lepasan graduan. Maklum la, orang baru nak menempuh hidup, hanya berbekalkan pengetahuan untuk menimba pengalaman.
Kebanyakan majikan, terutamanya pihak swasta, tidak begitu berminat untuk mengambil lepasan graduan, dengan alasan kononya lepasan graduan itu terlalu mentah, tidak berpengalaman, tidak mahir, dll...
Sekali pandang, ada betulnya mereka ini, kerana mengambil kira faktor untung rugi syarikat yang diterajuinya. Tetapi, jika alasan ini diterima pakai keseluruhannya, SAMPAI BILA LEPASAN GRADUAN NEGARA KITA AKAN DAPAT PENGALAMAN YANG MEREKA PERLUKAN???