Earn $$ with WidgetBucks!

Tuesday, November 27, 2007

Gelombang Kuning Gemparkan Alamanda


Kempen 'Bahaya BN' yang dibawa melalui Gelombang Kuning versi PAS Wilayah Persekutuan telah mengemparkan Kompleks membeli belah Alamanda di Putrajaya pada tengahari 25 Nov.

Gelombang Kuning yang diketuai oleh Ahli Jawatankuasa BERSIH, Anuar Tahir bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Nazir Zakaria telah berjaya menarik perhatian orang ramai. Risalah-risalah mengenai kenaikan harga barang dan BERSIH diedarkan kepada orang ramai.

Sedikit kekecohan berlaku di penghujung program apabila Unit Keselamatan Alamanda berusaha untuk menghalang edaran risalah berkenaan dengan alasan tiada kebenaran bertulis dari pihak pengurusan Alamanda.

Sebelum beredar, Nazir berunding secara baik dengan wakil Keselamatan Alamanda dan memaklumkan bahawa kumpulan ini akan datang lagi dan meminta agar pihak pengurusan Alamanda bersikap terbuka untuk membenarkan rakyat mengetahui hak mereka.

Sebelum itu, pasukan Kuning ini juga telah melawati Pasar Rakyat di Taman Maluri di Titiwangsa dan Pasar Rakyat di Presint 8 Putrajaya. Program edaran risalah dan ceramah bergerak oleh Ketua Pemuda Wilayah, Kamaruzaman Mohamad.