Earn $$ with WidgetBucks!

Monday, November 26, 2007

Pelakon Veteran Meninggal Dunia

Pelakon dan pengarah veteran terkenal, Hussein Abu Hassan, 70, meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur kerana penyakit buah pinggang dan beberapa komplikasi penyakit lain.

Anak bongsunya, Faizal berkata, semua ahli keluarga termasuk ibunya, pelakon Mahyon Ismail berada di sini arwah ketika menghembuskan nafas terakhir.

Menurutnya, beliau mendapat panggilan daripada pihak hospital jam 5.30 pagi ini yang memaklumkan bapanya berada dalam keadaan kritikal.“Ketika kami sampai di hospital jam 6.15 pagi, doktor sedang memberikan bantuan CPR (penafasan) kerana jantung bapa telah terhenti," katanya.

Jenazah Allahyarham dibawa balik ke rumah keluarganya di Taman Gombak Setia untuk dimandi dan dikapankan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak selepas solat Zuhur.