Harga minyak mentah global susut di bawah paras US$97.69 /tong berikutan petanda positif terhadap mesyuarat polisi Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang dijadual berlangsung Disember ini.
Harga minyak mentah 'Light Crude' bagi penghantaran bulan Januari jatuh sebanyak 61 sen kepada AS$96.69 setong pada dagangan pertukaran elektronik Globex.
Penyusutan harga minyak itu dipercayai didorong oleh perhatian pasaran terhadap isyarat OPEC, sama ada kartel akan meningkatkan pengeluaran bagi mengurangkan harga bahan bakar itu.
OPEC dijangka mengadakan mesyuarat polisi awal bulan depan dan pegawai-pegawai kartel mahu membuat tekanan bagi meningkatkan pengeluaran minyak supaya harga minyak dapat dikawal selepas menyaksikan kenaikan sebanyak 60 peratus pada tahun ini.