GOMBAK, 16 Feb - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan umat Islam belajar daripada Ulama untuk mendapat pemahaman yang betul tentang ajaran Islam yang sebenarnya. Kenyataan itu membuatkan hadirin memberi tepukan gemuruh kepada Penaung UIAM itu.
Semasa memberikan ucaptamanya di satu Program 'Global Peace : Crisis In Islamic World' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pagi tadi, Dr Mahathir turut berkata, tanpa Ulama umat Islam sukar untuk memahami Islam yang sebenarnya.
Beliau dijemput memberi ucaptama di UIAM sempena program Minggu Ummah 2008.Turut hadir ialah, Pengerusi UIAM, Tan Sri Sanusi Junid; kepimpinan akademik UIAM serta mahasiswa dari pelbagai negara yang menuntut di universiti tersebut.
Berucap lanjut Dr Mahathir mengingatkan supaya ummah merujuk kepada Ulama untuk memilih pemimpin termasuk dari sudut politik.
Malah, beliau mengingatkan peranan Ulama sejak 1400 tahun lalu yang dijadikan sumber rujukan dan beliau turut menyeru semua kembali kepada asas Islam merujuk kepada Al-Quran dan Hadis.
Menjawab soalan hadirin sewaktu sesi soal jawab, Mahathir turut menasihati agar para pemimpin untuk mengikuti ajaran agama yang sebenarnya.
Berkaitan dengan kewangan negara mengikut Islam beliau menyarankan agar masyarakat tidak menyimpan wang semata-mata, sebaliknya membelanjakan dengan jalan yang betul.
Selain itu beliau turut mengingatkan sesebuah negara Islam agar tidak membeli bon atau membuat pinjaman daripada negara musuh yang akhirnya menyiapkan bekalan ketenteraan untuk membunuh umat Islam di dunia.
Secara bersahaja beliau memberi amaran agar negara Islam tidak bergantung kepada mata wang Amerika Syarikat di masa akan datang.
Kesemua faktor ini katanya hanya akan menjadikan sesebuah negara itu miskin.
"Dengan jumlah wang yang banyak di tangan kita sewajarnya kita membelanjakannya menurut tuntutan al-Quran.
"Dunia ini bukan milik kita tetapi milik Allah," kata Dr Mahathir.
Sebelum itu kehadiran Dr Mahathir disambut dengan majlis yang gilang gemilang antaranya dengan kompang, iringan bunga manggar dan alunan selawat semasa memasuki Dewan Besar, CAC UIAM Gombak pada jam 11.00 pagi.
Beliau ditemani Pengerusi UIAM selain mendapat tepukan gemuruh lebih 4000 peserta yang setia menanti kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke UIAM.
Seorang sumber memberitahu, sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hadir ke UIAM ketika merasmikan sambutan Jubli Perak UIAM awal Januari lalu.
Namun sambutan kehadiran Najib itu tidak sehebat sambutan kehadiran Dr Mahathir.
Beliau juga memberitahu setakat ini Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan tidak pernah membuat lawatan rasmi ke UIAM, sebaliknya hanya menghadiri program universiti itu yang diadakan di luar kampus.