KUALA LUMPUR, 15 Feb - Dua ditangkap dalam satu sidang akhbar yang diadakan di perkarangan Istana Negara petang tadi.
Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan aktivis PAS yang dikenali sebagai Pakcik Amjal ditangkap secara kasar oleh pihak polis sebaik rombongan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) selesai menyerahkan warkah bantahan kepada wakil Yang DiPertuan Agung pada jam 3.30 petang.
Tian Chua yang ditangkap ketika beliau cuba mempertahankan kain rentang Bersih yang dipegang oleh penyokong yang datang untuk sama-sama menghadiri sidang tersebut.
"Kenapa nak rampas banner ni? Apa salahnya?" ujarnya sambil ditarik oleh lebih 10 orang pegawai polis dalam pergelutan itu.
Bahkan terdapat perselisihan yang berlaku antara preman atau SB yang tidak mengenali antara satu sama lain sehingga wujud perang mulut antara mereka.
"Aku pun SB lah," kata seorang preman yang memegang kamera video sambil ditolak oleh beberapa orang preman dan plis yang lain. "Ah, sikit-sikit SB," tengking SB tersebut kepada preman yang ditolak tadi.
Insiden tersebut berlaku ketika Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu tetap cuba untuk membuat sidang akhbar di tepi jalan persimpangan penjuru Istana Negara itu. Suara beliau tenggelam timbul diselangi jeritan polis yang meminta agar semua yang terbabit bersurai dan menegah kesemua pimpinan PAS dan Bersih daripada meneruskan sidang media itu.
AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi tetap meneruskan sidang akhbar sambil berjalan kaki menuruni jalan menuju ke tempat letak kereta sambil diiringi pegawai polis.
Seorang pegawai kanan polis, Superintendan Azri, mengarahkan pegawai-pegawai polis termasuk yang berpakaian preman untuk menghentikan kata-kata Syed Azman itu.
Setelah mencapai persetujuan, pihak Bersih mengumumkan sidang tersebut ditunda di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pada jam 6 petang.
Ketika itu, pakcik Amjal sedang mengedarkan risalah kepada para wartawan yang hadir membanjiri perkarangan istana itu yang kemudian secara tiba-tiba ditangkap oleh pegawai polis.
Walaupun cuba dipertahankan oleh sebahagian penyokong Bersih, beliau tetap dibawa ke kereta polis.
"Kalau nak tangkap, saya rela menggantikan dia. Kasihanilah dia yang dah tua dan uzur, dia tak buat apa-apa kesalahan pun, kenapa nak tangkap dia?" ujar Syed Azman.
Superintendan Azri kemudiannya menerima panggilan untuk meminta Syed Azman merujuk kes tersebut ke IPD Brickfields selepas ini bagi menyelesaikan tangkapan tersebut.
Seawal jam 3 petang, rombongan Bersih yang terdiri daripada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad, Ketua Pemuda PAS, AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman dan Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang tiba di pintu masuk utama ke istana Negara.
Bagaimanapun, mereka dihalang daripada masuk menerusi pintu tersebut oleh kira-kira lebih 300 polis yang hadir beserta beberapa kenderaan polis seperti trak, lori, van dan motosikal berkuasa besar.
Mereka kemudiannya berarak masuk ke pintu sisi Istana Negara sambil diiringi pegawai-pegawai polis dan serta para wartawan.
Turut hadir, AJK PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Irene Fernandez.
Majlis bersurai pada jam 4 petang.