Sekurang-kurangnya empat Ketua Perhubungan Umno negeri - Johor, Perak, Terengganu dan Melaka, sudah mendapat pengesahan akan dikekalkan sebagai Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Mereka - Datuk Abdul Ghani Othman, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dikatakan dimaklumkan mengenai perkara itu dalam pertemuan berasingan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya.
Mohd Tajol Rosli, Idris dan Mohd Ali menemui Perdana Menteri kelmarin, manakala Abdul Ghani semalam, untuk memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional (BN) negeri masing-masing bagi Pilihan Rraya Umum Ke-12, 8 Mac ini.
Berdasarkan senarai calon BN Melaka dan Terengganu yang diumumkan semalam, Mohd Ali akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru, manakala Idris di DUN Jertih.
Bagaimanapun BN Terengganu menggugurkan lima Ahli Parlimen termasuk Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar (Marang) serta tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk dua Ahli Exco, Datuk Dr Abdul Latiff Awang (Bukit Payong) dan Wan Mohd Wan Hassan (Kota Putera).
BN Melaka pula menggugurkan 11 wakil rakyat termasuk Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Ruddin Abd Ghani (Parlimen Bukit Katil) dan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof.
Empat Exco Melaka turut digugurkan. Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa yang juga Ketua Umno Bahagian Alor Gajah, Datuk Wira Hamdin Abdollah; Pengerusi Belia dan Sukan yang juga Pengerusi MIC negeri, Datuk R Raghavan; Pengerusi Hal Ehwal Wanita, Kebajikan dan Perpaduan yang juga Ketua Wanita Umno Jasin, Datuk Ramlah Abas dan Pengerusi Penerangan, Multimedia, Sains dan Teknologi, Datuk Seah Kwi Tong.
MIC turut mengumumkan senarai calonnya semalam dengan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu kekal bertanding di Parlimen Sungai Siput untuk penggal kesembilan. Senarai calon BN Perak pula dijangka diumumkan hari ini atau esok, tetapi Mohd Tajol Rosli semalam mengumumkan beliau kekal bertanding di DUN Pengkalan Hulu.
Sementara itu, Abdul Ghani dijangka mengumumkan senarai calon BN Johor pada Sabtu ini. Sebelum ini, tersebar spekulasi kemungkinan Abdul Ghani akan bertanding di kerusi Parlimen dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin disebut-sebut menggantikannya sebagai Menteri Besar.
Sumber bagaimanapun berkata, khidmat Abdul Ghani masih diperlukan bagi memantau dan merealisasikan koridor Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).
Abdul Ghani adalah Pengerusi bersama Pihak Berkuasa WPI (Irda), selain Abdullah sendiri. Khamis lalu, Perdana Menteri menghadap Sultan Johor di Istana Bukit Serene, dipercayai bagi membincangkan kedudukan Menteri Besar itu.
Menurut sumber itu, Mohamed Khaled sudah diberitahu mengenai keputusan mengekalkan Abdul Ghani sebagai Menteri Besar dan Ahli Parlimen Pasir Gudang itu dijangka mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum bulan depan.
Selain empat negeri itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, pula disebut-sebut akan dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya BN merampas semula negeri berkenaan.
Malah, Dr Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, kini mengetuai jentera pilihan raya di Kelantan dan dibantu Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad.
Difahamkan, Dr Awang Adek akan bertanding kerusi DUN di Bachok, selain mempertahankan Parlimen Bachok yang dimenanginya pada 2004. Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa pula, jika bertanding, akan berpindah ke kerusi Parlimen.
BN juga dikatakan akan mencalonkan tokoh korporat yang juga Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, untuk bertanding di kerusi Parlimen Pasir Putih. Senarai akhir calon BN Kelantan dimuktamadkan Perdana Menteri pagi semalam dan akan diumumkan Annuar, hari ini.